PROGRAM NILAM
PERANAN / SENARAI TUGAS
Setiap staf
sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan
tertentu.
Program yang dimainkan adalah seperti berikut:
4.1 Penasihat ‑ Pengetua
Pengetua sebagai pentadbir
sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan
program ini.
4.2 Pengerusi
‑ Penolong Kanan 1
a. Mempengerusikan setiap mesyuarat
Jawatankuasa Program NILAM.
b. Memahami dasar dan matlamat program.
c. Memberi taklimat kepada guru dan
ibu bapa.
d. Memastikan
pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui :
• Penyeliaan
•
Perjumpaan dengan guru
• Temu bual
murid clan ibu bapa secara informal
• Laporan
pelaksanaan
e. Menentukan keberkesanan jadual
pelaksanaan Program NILAM.
f. Mengambil tindakan
susulan bagi mengatasi kelemahan program.
g. Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan
seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
h. Menyemak dan mengesah rekod bacaan
murid.
i. Meluluskan
peruntukan kewangan dan yang berkaitan
j. Mengesahkan
laporan yang berkaitan Program NILAM
4.3 Timbalan Pengerusi ‑ PK HEM / PK KO‑Kurikulum
a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaan beliau.
b. Membantu
Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau clan menilai Program
NILAM.
b. Membantu Pengerusi untuk
menjayakan Program NILAM.
c. Membantu
Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan.
d. Menyelia aktiviti‑aktiviti yang
menyokong Program NILAM.
e. Memastikan
Program NILAM dilaksanakan mengikut perancanqan
f. Menyediakan
pengurusan kewangan Program NILAM.
g. Menyemak dan
mengesah rekod bacaan murid.
4.4 Penyelaras Program ‑
Guru Perpustakaan dan Media
a. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal
tahun.
b. Menentukan
program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan.
c. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
d. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
e. Memastikan program berjalan dengan lancar.
f. Menjadi urus
setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah.
g. Mengenal pasti
dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri.
h. Mendapatkan
pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua/Guru Besar.
i. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
j. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
4.5 Setiausaha ‑ Guru
NILAM
a. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
b. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal‑hal yang berkaitan.
c. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
d. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
e. Mengumpulkan
maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan
menyerahkan kepada penyelaras program.
f. Menyediakan
laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada
Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.
g. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
4.6 Penolong Setiausaha ‑
Guru Data NILAM
a. Mengumpul data rekod membaca dan
Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan/Kelas setiap bulan.
b. Memasukkan data ke pengkalan data.
c. Menganalisis data rekod membaca dar) rekod aktiviti Rakan Pembaca.
d. Menyerahkan
analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada
Guru NILAM.
e. Mengemas kini data NILAM.
f. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
4.7 Ketua Bidang / Ketua Panitia
a. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan
bacaan untuk murid.
b. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
c. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan
Program NILAM bersama‑sama Penyelaras Program.
d. Memantau
pelaksanaan Program NILAM.
e. Menyemak
dan mengesah rekod bacaan murid.
4.8 Guru Kelas / Guru Tingkatan
a. Menyediakan sudut bacaan di kelas
masing‑masing.
b. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada
PSS/Koperasi dan mengedarkan kepada murid.
c. Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program
NILAM secara aktif.
d. Menyemak dan mengesah rekod bacaan
murid.
e. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam
borang data NILAM.
f. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut
perancangan.
g. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM
setiap hujung bulan.
h. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang
layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.
4.9 Guru Perpustakaan
a. Membuat penggredan buku.
b. Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi
menjalankan Program NILAM.
c. Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok
(Projek Pukal)
d. Membantu setiausaha menganjurkan sebarang
aktiviti untuk menyokong Program NILAM.
e. Menyemak dan mengesah rekod bacaan
murid.
4.10
Wakil PlBG
a. Menghadiri setiap mesyuarat
Jawatankuasa NILAM.
b. Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat
program NILAM.
c. PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan
institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat
nasihat, sumbangan buku dan kewangan.
4.11
Ibu Bapa
Peranan
ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk anak‑anak, malahan
mereka turut memainkan peranan penting dalarn menjayakan program ini. Matlamat
program lebih mudah tercapai sekiranya mereka :
a. Menggalakkan
anak‑anak membaca di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa.
b. Menyediakan bahan bacaan di rumah
aika berkemampuan)
c. Membuat
pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan
Desa, Perpustakaan Bergerak clan sebagainya)
d. Memastikan
anak‑anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan
e. Mengesah
dan menandatangani rekod bacaan anak‑anak. (Sekiranya ditentukan oleh pihak
sekolah)
4.12
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pengawas PSS sama‑sama terlibat menjayakan program
NILAM ini. Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan agen
penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut :
a. Membantu murid untuk meminjam buku
di PSS.
b. Membuat pameran buku‑buku yang
sesuai untuk dipinjam.
c. Membantu guru PSS menyediakan pinjaman
kelompok (bulk loan).
d. Membantu guru PSS menganalisis
data bacaan murid.
e. Mempamerkan graf‑graf bacaan
murid.
4.13
Murid
Secara
langsung program ini melibatkan murid‑murid secara aktif. Mereka merupakan
kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan program NILAM atau sebaliknya.
Peranan murid‑murid adalah seperti berikut :
a. Membaca buku sebanyak yang
mungkin.
b. Menentukan bahan bacaan yang
dibaca itu direkod.
c. Menentukan sentiasa mempunyai
bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
d. Mendapat bahan bacaan daripada
pelbagai sumber.
e. Memastikan mereka mencapai tahap
pembacaan yang telah ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan.
f. Menjadi rakan pembaca bagi mereka
yang layak dan berkeyakinan.
0 comments:
Post a Comment