NILAM’ atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang
sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Program ini ialah
satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat
membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di
Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah
mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Apakah rasional PROGRAM NILAM dilaksanakan ?
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat
yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di
sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum
mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu
mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
Apakah matlamat PROGRAM NILAM ?
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam
kalangan murid.
Apakah objektif PROGRAM NILAM ?
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.
Apakah komponen yang terdapat dalam PROGRAM NILAM ?
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan
sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod
bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod
hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat
Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data
pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di
kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri
dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu
memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan
berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan
NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM
atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan
sijil berhenti.
Apakah kompenan yang terdapat dalam PROGRAM NILAM ?
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan
sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod
bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod
hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat
Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data
pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di
kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri
dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu
memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan
berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan
NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan
NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan
murid dan sijil berhenti.
Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila
mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha
untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
72 - 143
|
Gangsa
|
144 - 215
|
Perak
|
216 - 287
|
Emas
|
288 ke atas
|
NILAM
|
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam
aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki
tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan
menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap
JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah
aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali
aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid
seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha
mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah
aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200– 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
Lirik Lagu Nilam
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari
0 comments:
Post a Comment