Misi, Visi. MOTTO PSS, OBJEKTIF,FALSAFAH PSS



VISI
Pusat Sumber Sekolah (PSS) penjana sumber maklumat dan kecemerlangan sekolah 


MISI
Menjana dan membentuk warga SMKSK yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai Pusat Sumber Bermaklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Negara.

MOTTO
PSS cemerlang, SMKSK Gemilang.

MATLAMAT PSS
Menyediakan kemudahan kepada guru dan pelajar membuat rujukan bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di samping dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

OBJEKTIF PSS
Ø  Menyediakan kemudahan rujukan kepada guru-guru dan pelajar.
Ø  Menyediakan ruang mengulangkaji dan membuat rujukan yang selesa.
Ø  Membantu pelajar yang kurang berkemampuan membeli buku rujukan SPM dan PMR melalui proses peminjaman.
Ø  Memupuk minat pelajar membaca pelbagai jenis bahan bacaan umum. Di samping dapat berusaha mengumpul pelbagai maklumat semasa.
Ø  Mengembangkan bakat pelajar dan meningkatkan kemahiran 3M serta dapat berfikir secara kritis.
Ø  Menjadikan pelajar lebih bersedia dan sistematik di dalam membuat persediaan pembelajaran bagi mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik.


     FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Ø  Proses pengajaran dan pembelajaran belum mencapai tahap kesempurnaan jika ketiadaan sumber-sumber bantuan pengajaran.
Ø  Kewujudan PSS dapat merealisasikan jalinan dua hala di antara murid dan guru.
Ø  Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berlaku di bilik darjah bergantung kepada tahap keberkesanan serta kekerapan penglibatan seseorang individu terhadap Pusat Sumber Sekolah.
Ø  Keceriaan dan iklim Pusat Sumber Sekolah yang sehaluan dengan perkembangan mental mendorong lagi ke arah mencapai tangga kemahiran yang optima.




0 comments:

Post a Comment